LAWATAN PENANDA ARAS UiTM TERENGGANU KAMPUS BUKIT BESI KE FTKKP

LAWATAN PENANDA ARAS UiTM TERENGGANU KAMPUS BUKIT BESI KE FTKKP

Pada 4 Julai 2023 (Selasa) Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), UMP telah menerima lawatan penanda aras berkenaan pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) dari UiTM Terengganu Kampus Bukit Besi bagi Program Diploma Kejuruteraan Kimia.

Lawatan selama setengah hari itu melibatkan kehadiran seramai 13 orang ahli delegasi dari UiTM yang diketuai oleh Dr. Noraini Binti Razali, Koordinator PKK, Prof. Madya Ts. Dr. Sarifah Fauziah Binti Syed Draman, Timbalan Rektor Akademik, serta staf dari kedua-dua program.

Meraikan kehadiran delegasi UiTM tersebut, Dr. Rozaimi Bin Abu Samah, Timbalan Dekan Akademik & Hal Ehwal Pelajar (FTKKP), Ketua Program, Sarjana Muda Teknologi Penyelenggaraan Fasiliti Minyak dan Gas (BVF), Ts. Dr. Sa'aadah Binti Sulaiman, staf program dan jurutera pengajar.

Agenda utama lawatan kali ini adalah bertujuan untuk mendapatkan nasihat dan rujukan bagi pelaksanaan program Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL). Dalam perjumpaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UMP Kampus Gambang telah dimulakan dengan sesi pembentangan oleh Dr. Rozaimi, pengenalan kepada program-program yang terdapat di FTKKP dan diikuti dengan pembentangan berkenaan program BVF dan pelaksanaan WBL oleh Ts. Dr. Sa'aadah selaku Ketua Program BVF.

Selain itu, banyak perkara lain yang turut dibincangkan dan dikongsi bersama setelah sesi pembentangan tersebut antara lainnya berkenaan cabaran untuk mendapatkan tempat pelaksanaan WBL, kerjasama industri dan implikasi kewangan. Setelah selesai sesi tersebut, delegasi UiTM telah dibawa melawat ke makmal FTKKP dan fasiliti pembelajaran bagi program BVF.

Kami di FTKKP mengucapkan selamat maju jaya kepada UiTM Terengganu, Kampus Bukit Besi terutama bagi Program Diploma Kejuruteraan Kimia dalam melaksanakan WBL di sana. Semoga lawatan kali ini akan menjadi jambatan kepada kerjasama yang lebih strategik di masa hadapan.

#FTKKP

#UMP


Print   Email