FTKKP SERTAI PAMERAN ANJURAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

FTKKP SERTAI PAMERAN ANJURAN JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

20 Februari 2024, Swiss-Belhotel Kuantan - Sempena Majlis Pelancaran Permohonan Baru dan Pembaharuan Surat Kelulusan Skim Pengendalian Melombong (SKSPM) dan Surat Kelulusan Skim Kuari (SKSK) Melalui “Business Licencing Electronic Support System" (BLESS) anjuran Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Negeri Pahang, pihak FTKKP telah dijemput untuk menyertai sesi pameran.
 
Seramai 150 orang peserta menghadiri majlis ini yang terdiri daripada penggiat industri lombong dan kuari, konsultan dan pemegang lesen mineral di negeri Pahang. Di majlis ini, FTKKP yang diwakili oleh Dr. Mohd Shaiful Zaidi Bin Mat Desa dan Ts. Dr. Mohd Zulkifli Bin Mohamad Noor telah membuka reruai pameran untuk mempromosikan kursus Sarjana Perlombongan dan Teknologi Mineral yang ditawarkan di UMPSA, beserta kursus-kursus sarjana yang lain.
 
Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JMG Malaysia, YBhg. Datuk P.Geol. Zamri Bin Ramli. Turut hadir bersama ialah Pengarah JMG Pahang, Timbalan Pengarah UPLK dan Geosains serta jabatan daripada pihak Pejabat Tanah dan Galian Pahang (PTG), Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri Pahang.

Print   Email