SINGGAH SAHUR FTKKP 2023

SINGGAH SAHUR FTKKP 2023

15 April 2023, Kuantan - Bersempena bulan Ramadan, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) sekali lagi telah menganjurkan program Singgah Sahur, yang berlangsung pada 15 April, bertempat di sekitar Kuantan.
 
Program Singgah Sahur ini mengumpulkan sukarelawan dari FTKKP untuk menyantuni barisan hadapan petugas keselamatan di sekitar Kuantan bagi pengagihan juadah bersahur. Melalui Program Infaq FTKKP yang diadakan, sebanyak RM1425.00 telah dapat dikumpulkan, bertepatan dengan objektif program yang bertujuan berkongsi rezeki dengan menyampaikan juadah sahur.
 
Bermula jam 12.30 malam, semua sukarelawan berkumpul di UMP sebelum berkonvoi ke destinasi terpilih bagi mengagihkan 220 bungkus juadah untuk sahur. Hadir dalam program ialah Dekan FTKKP, Professor Ts. Dr. Che Ku Mohammad Faizal Bin Che Ku Yahya bersama lebih 10 sukarelawan FTKKP membantu melaksanakan inisiatif Singgah Sahur FTKKP 2023.
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang membantu menjayakan program tahun ini. Semoga Allah membalas kebaikan semua dibulan yang mulia ini. Jumpa lagi di tahun hadapan!
 

Print   Email