FTKKP TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI DARI PROGRAM KEJURUTERAAN KIMIA, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

FTKKP TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI DARI PROGRAM KEJURUTERAAN KIMIA, UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS (UniMAP)

Pada 15 Mei 2023 Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) UMP telah menerima kunjungan rasmi dari delegasi Program Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan dan Teknologi Kimia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bagi sesi penandaarasan Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia (BKC) dan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia (BTK).
 
Delegasi UniMAP yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Pengerusi Rancangan Program Kejuruteraan Kimia dan Program Teknologi Kejuruteraan Kimia UniMAP dan Ahli-ahli Jawatankuasa Penandaarasan Program disambut wakil FTKKP, yang terdiri daripada Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia, Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Kimia, dan Penyelaras-penyelaras akademik di FTKKP.
 
Hasil dari kunjungan ini, perbincangan penandaarasan berkaitan latarbelakang program, struktur kurikulum, pengurusan makmal, pembangunan karier staf dan aktiviti pelajar di program masing-masing telah dapat dilaksanakan.
 
Semoga FTKKP UMP dan UniMAP dapat terus bekerjasama dalam pembangunan dan memperkasakan agenda pendidikan negara.

Print   Email