PROGRAM CSR ‘EXCEL FOR BEGINNERS’ BERSAMA SMK GAMBANG

PROGRAM CSR ‘EXCEL FOR BEGINNERS’ BERSAMA SMK GAMBANG

Kluster Process Systems Engineering and Safety (ProSES), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang (UMP) telah menganjurkan Bengkel ‘Excel for Beginners’ dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar daripada SMK Gambang. Bengkel CSR ini telah dijalankan pada 27 Oktober 2022, bermula jam 10 pagi sehingga 3 petang. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara pihak sekolah dengan pihak universiti untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan. Selain itu pendedahan dan pengenalan mengenai Universiti Malaysia Pahang dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses khususnya dapat diberikan kepada pelajar sekolah. Program ini juga telah memberi peluang kepada staf yang terlibat untuk menjadikan aktiviti kemasyarakatan seperti ini sebagai satu platform untuk berbakti kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah.

Bagi melancarkan program ini, 2 orang pegawai polis daripada Balai Polis Gambang telah bekerjasama mengiring bas UMP yang digunakan bagi pengangkutan pelajar SMK Gambang pergi dan balik. Selain memberi pendedahan kepentingan penggunaan Microsoft excel, lawatan makmal FTKKP juga diadakan bagi memberi pendedahan dunia sains dan teknologi kepada pelajar.


Print   Email