MENGILHAMI GENERASI MUDA: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ‘EXCEL FOR BEGINNERS’ BERSAMA SMK GAMBANG

MENGILHAMI GENERASI MUDA: PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ‘EXCEL FOR BEGINNERS’ BERSAMA SMK GAMBANG

Kluster penyelidikan Process Systems Engineering and Safety (ProSES), Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menganjurkan Bengkel ‘Excel for Beginners’ dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar diiringi 2 orang guru daripada SMK Gambang.

Program khidmat masyarakat 'Excel for Beginners' ini merupakan sebuah program yang berfokus pada pendidikan teknologi bagi generasi muda bersama SMK Gambang.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mewujudkan dan mengeratkan jaringan komunikasi antara pihak sekolah dengan pihak universiti untuk saling berhubung dan berkongsi maklumat demi kesejahteraan bersama melalui pendekatan yang lebih padu dan berkesan. Selain itu, pendedahan dan pengenalan mengenai UMPSA dan FTKKP khususnya dapat diberikan kepada pelajar sekolah.

Program ini juga telah memberi peluang kepada staf yang terlibat untuk menjadikan aktiviti kemasyarakatan seperti ini sebagai satu platform untuk berbakti kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar sekolah. Selain memberi pendedahan kepentingan penggunaan Microsoft excel, lawatan makmal FTKKP juga diadakan bagi memberi pendedahan dunia sains dan teknologi kepada pelajar.


Print   Email