LAWATAN ILMIAH SMA MUHAMMADIAH RIAU, INDONESIA DAN SMI AL-AMIN KEMAMAN KE FTKKP, UMPSA DAN MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

LAWATAN ILMIAH SMA MUHAMMADIAH RIAU, INDONESIA DAN SMI AL-AMIN KEMAMAN KE FTKKP, UMPSA DAN MAJLIS TANDATANGAN PERJANJIAN PERSEFAHAMAN

20 Oktober 2023, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Kampus Gambang
 
Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), UMPSA telah menerima lawatan daripada pelajar beserta guru daripada Sekolah Menengah Agama Muhammadiah Riau, Indonesia dan juga dari Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman, Terengganu.
 
Lawatan ilmiah ini melibatkan kehadiran seramai 21 orang pelajar dan 7 guru yang diketuai oleh Muallim Azman. Tujuan lawatan ini diadakan oleh delegasi dari kedua-dua buah sekolah yang berprestij ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan program-program yang ditawarkan beserta kemudahan yang terdapat di FTKKP.
 
Dalam perjumpaan ini, Majlis Tandatangan Perjanjian Persefahaman di antara SMA Muhammadiah Riau dan SMI Al-Amin Kemaman dengan FTKKP turut diadakan yang telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, UMPSA Kampus Gambang.
 
Pihak FTKKP mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar dan guru SMA Muhammadiah Riau dan SMI Al-Amin. Semoga lawatan kali ini akan menjadi jambatan kepada kerjasama yang lebih strategik di masa hadapan.

Print   Email