APLIKASI PASAR PAGI CIPTAAN MAHASISWA FTKKP BERJAYA MERAIH KEJAYAAN DI INTECH-21

APLIKASI PASAR PAGI CIPTAAN MAHASISWA FTKKP BERJAYA MERAIH KEJAYAAN DI INTECH-21

Dua kumpulan peserta dari UMP telah berjaya menjadi finalis Top 20 di InTech-21 pada 27 Februari 2023 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya. Kedua-dua kumpulan membawa pulang hadiah saguhati RM500.00, hamper dan sijil penyertaan.

Kumpulan pertama memperkenalkan aplikasi “Pasar Pagi” bagi golongan pelanggan yang ingin mendapatkan bahan segar dari pasar melalui penghantar bahan segar. Kumpulan tersebut terdiri daripada pelajar Nur Aqilah Kamaludin, Nur Najwa Syuhada Suhaidi, Nurul Farhah Nadhirah Mohd Ruslan, dan Maryam Jameelah Hussin dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP). Mentor bagi kumpulan tersebut ialah Ts. Dr. Norasyikin Ismail dari fakulti yang sama.

Kumpulan kedua memperkenalkan aplikasi “PickMeMaid” yang dapat membantu keluarga yang mempunyai keperluan seperti mengemas rumah, penjagaan ibu dan bayi serta penyelenggaran dan perkhidmatan. Kumpulan ini terdiri daripada Mentor; Ts. Dr. Rahimah Embong, pelajar Muhammad Luqman Al-Hakim Mohd Suhaimi, Wan Faziana Wan Anoha, Murniyatul Aisyah Abdullah dan Izza Wajihah Ismail dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam.

 Innovation & Technology Challenge 2021 (InTech-21) merupakan program pertandingan cabaran keusahawanan peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Universiti Malaya. InTech-21 memberi peluang kepada para peserta untuk menawarkan penyelesaian e-dagang kepada permasalahan kehidupan manusia sekaligus berupaya mencapai matlamat Sustainable Development Goals (SDG). Selain itu, InTech-21 juga bermatlamat melonjakkan keusahawanan e-dagang pengetahuan seiring keperluan kehidupan pasca Covid-19 yang mementingkan aspek pendigitalan serta penggunaan aplikasi mobile.

 Seluruh warga FTKKP mengucapkan setinggi- tinggi tahniah kepada kedua-dua kumpulan atas pemilihan 20 terbaik dalam pertandingan InTech21.


Print   Email