Kematian Pelajar BKC, KA18112 Mugunthan A/L Krishna

Kematian Pelajar BKC, KA18112 Mugunthan A/L Krishna

Tanggal 12 November 2022, seorang pelajar di bawah penasihatan Ir Dr Mohd Sabri bin Mahmud telah meninggal dunia ketika menjalani rawatan kemoterapi. Beliau telah disahkan mengidap barah darah Leukimia jenis Lymphoma sejak April 2021.

Beliau merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik. Ibunya Kamala Devi A/P Muniandy menyara mereka sekeluarga di sebuah rumah di Bandar Serembang Selatan, Negeri Sembilan. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mugunthan berulang alik secara berkala dari rumah ke hospital Serembang bagi mendapatkan rawatan kemoterapi. Ibu-ibu saudara yang berada sekeliling rumah beliau banyak membantu menguruskan rawatan tersebut termasuk kawan sekampung.

Lawatan fakulti ke rumah dilakukan pada 18/11/2022 oleh penasihat beliau bagi menyampaikan sumbangan derma bernilai RM1500 kepada ibu beliau dan menzahirkan rasa simpati dan prihatin terhadap nasib yang menimpa keluarga beliau. Semoga dengan bantuan dan sokongan tersebut dapat meringankan beban yang mereka tanggung dalam menguruskan pengebumian pelajar tersebut.

Image

Print   Email